Antara Public Mutual dan ASB
Baru-baru ini seorang rakan menyatakan minatnya untuk menyertai unit amanah (unit trust) dan bertanyakan cara untuk menyertainya. Lebih spesifik lagi beliau bertanyakan apakah keuntungan dengan menyertai Public Mutual dan cuba membandingkannya dengan ASB. Saya tidaklah begitu arif mengenai selok belok pelaburan tetapi berdasarkan pemahaman saya, pelaburan di Public Mutual dan ASB adalah berbeza walaupun matlamatnya adalah sama iaitu untuk mendapatkan keuntungan bagi pelaburnya.
Perbezaan paling jelas di antara Public Mutual dan ASB adalah daripada segi jaminan keuntungan. Jika anda melabur di dalam unit amanah seperti Public Mutual, keuntungan anda tidak dijamin sebagaimana yang digembar-gemburkan menerusi iklan atau oleh agen unit amanah. Saya boleh mengatakan bahawa anda akan mengalami risiko kerugian besar jika anda tidak faham atau tidak tahu cara untuk melabur. Keadaan ini berbeza jika anda melabur di dalam produk-produk PNB seperti ASB, ASN, ASW2020 dan seumpama dengannya kerana pelaburan anda telah dijamin sepenuhnya oleh kerajaan. Anda tidak akan mengalami sebarang kerugian walau sesen pun malah anda tidak perlu tahu bagaimana hendak melabur. Apa yang perlu anda pastikan adalah untuk kerap menambah simpanan di dalam akaun anda agar pulangannya di tahun hadapan adalah lumayan.
Namun, ini tidaklah bermakna melabur di dalam unit amanah adalah merugikan. Seperti yang saya nyatakan tadi anda akan rugi jika tidak faham cara melabur. Jadi, belajar dan fahamilah cara melabur jika dengan cara itu anda mampu beroleh keuntungan berlipat kali ganda berbanding melabur di dalam ASB. Keuntungan atau pulangan yang diperolehi di dalam unit amanah boleh mencapai sehingga 30% atau lebih setahun bergantung kepada keadaan ekonomi berbanding ASB yang secara purata 7% sahaja. Setiap yang menguntungkan pasti memerlukan usaha dan risiko yang lebih, terpulanglah kepada anda untuk menentukan sama ada berani atau tidak mengambil risiko tersebut. Untuk makluman anda, ketika ini sudah begitu ramai menjadi jutawan dengan melabur di unit amanah dan tidak semua daripada mereka mempunyai kelulusan yang tinggi.
Selain itu, Public Mutual dan unit amanah lain kebanyakannya mempunyai Penasihat Syariah masing-masing. Sebagai pelabur Islam kita mempunyai pilihan untuk melabur di dalam dana-dana mereka yang telah diperakui halal dan sentiasa dipantau pergerakannya mengikut garis panduan Islam. Berkenaan isu ASB pula, hanya baru-baru ini sahaja Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan menfatwakan pelaburan ke atas ASB sebagai harus. Sesetengah pihak masih curiga dengan hukum yang dikeluarkan.
Apa pun paling utama anda harus mempunyai ilmu yang cukup untuk melabur. Pelaburan mampu menjana lebih banyak wang kepada anda, dan pelaburan juga mampu menghabiskan simpanan anda. Jika anda masih tidak jelas tentangnya pelaburan, silalah dapatkan maklumat yang cukup dan bertanya kepada yang arif tentang pelaburan.

No comments:
Post a Comment