Wednesday 17 February 2016

Kelebihan pelaburan unit trust di Public Mutual

Apakah kelebihan pelaburan Public Mutual berbanding pelaburan lain. Salah satunya adalah peratus pulangannya adalah tinggi. Lihat kelebihan-kelebihan yang lain dengan pelaburan Public Mutual ni.
  1. Tentunya Syarikat Pelaburan Swasta No.1 di Malaysia.
  2. 100% pelaburan yang berlandaskan Syariah/Islamik.
  3. Pulangan yang tinggi serendah 10%-20% setahun, dan mungkin lebih.
  4. Modal yang tidak hilang.
  5. Boleh membuat pengeluaran pada bila-bila masa sahaja. Namun, ianya tidak digalakkan kerana tujuan pelaburan adalah untuk jangkamasa panjang & mendapat pulangan yang tinggi (Min 3 tahun).
  6. Selamat – sebab ada pemegang Amanah (trustee).
  7. Pengurus dana yang berpengalaman lebih 30 tahun.
  8. Modal serendah RM1,000. Tambahan pelaburan Min RM100 bila-bila masa sahaja.
  9. Tak cukup modal? Boleh keluarkan daripada KWSP 20% daripada Akaun 1. Duit akan dipindahkan terus ke Public Mutual. Jadi, ianya tak akan hilang.
  10. Kalau melabur menggunakan KWSP, akan dapat purata Dividen KWSP 5% + purata Dividen Public Mutual 15% = 20%.
  11. Purata Pulangan/Dividen : Simpanan Tetap = 3% – 4%, KWSP = 4% – 5%, ASB = 8%, Public Mutual Unit Trust = 10% – 20% & mungkin lebih.
Tentang halal haram pelaburan ini anda jangan risau kerana ia dijamin 100% halal kerana ia dilaburkan di tempat yang betul. Itulah yang saya tanya kepada egen tersebut sebelum saya menyertainya terlebih dahulu. Jika anda nak kepastian yang lebih tepat, anda mungkin boleh bertanyakan kepada pihak public bank sendiri.
Sebenarnya, Public Mutual dan unit amanah lain kebanyakannya mempunyai Penasihat Syariah masing-masing. Sebagai pelabur Islam kita mempunyai pilihan untuk melabur di dalam dana-dana mereka yang telah diperakui halal dan sentiasa dipantau pergerakannya mengikut garis panduan Islam. Berkenaan isu ASB pula, hanya baru-baru ini sahaja Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan menfatwakan pelaburan ke atas ASB sebagai harus. Sesetengah pihak masih curiga dengan hukum yang dikeluarkan.
Apa pun paling utama anda harus mempunyai ilmu yang cukup untuk melabur. Pelaburan mampu menjana lebih banyak wang kepada anda, dan pelaburan juga mampu menghabiskan simpanan anda. Jika anda masih tidak jelas tentangnya pelaburan, silalah dapatkan maklumat yang cukup dan bertanya kepada yang arif tentang pelaburan. Buku-buku tulisan Azizi Ali, Sunthara Segar dan Persatuan Pengguna Pulau Pinang mengenai pelaburan amat bagus untuk dibaca. Saya pasti selepas anda memahami tentang pelaburan, anda akan merasa seronok untuk melabur dan anda tidak takut untuk menghadapi risiko yang bakal dihadapi.

Pelaburan guna Kwsp bagi unit trust

Pelaburan guna Kwsp untuk gandakan simpanan pesaraan anda.

Ramai yang bertanyakan saya tentang pelaburan Unit Trust melalui KWSP. Ya, jika anda LAYAK saya amat galakkan anda melabur menggunakan KWSP. Namun jika tidak layak, anda masih boleh ambil kesempatan dan melabur secara tunai atau cash.

Bagaimana nak tau layak atau tidak melabur guna kwsp ni? Kadang kadang ada yang ingat dalam akaun ada RM30K dalam akaun1 kwsp dah layak...belum tentu ye tuan tuan dan puan puan...semak dulu

Semuanya bergantung kepada Nilai Akaun1 KWSP (anda perlu semak penyata kwsp terkini atau pergi sendiri ke kwsp).Anda juga boleh check secara online di websitewww.kwsp.gov.my dan daftar i-Akaun KWSP.

Melabur Unit Trust menggunakan KWSP
Melabur Unit Trust menggunakan KWSP


Setelah anda tahu nilai terkini dalam akaun1 kwsp anda, sila tengok jadual di bawah:



Formula digunakan:

Jumlah Layak Labur Guna KWSP = Nilai Akaun1 KWSP - Simpanan Asas KWSP ) X 0.20

Contoh;

Ali berumur 30 tahun...selepas semak dengan KWSP, jumlah terkini akaun1 kwsp beliau adalah RM70K. Maka kiraannya;

Jumlah layak labur Unit Trust melalui kwsp = (70000 - 27000)  X 0.2 = RM8600

Ya, jumlah Ali boleh labur ialah RM8600

Mudahkan kiraan kelayakan melabur unit trust guna kwsp kan?


So macam mana nak apply? (Untuk yang Serius Maksimumkan Keuntungan Sahaja

Apa dokumen diperlukan?

1- Salinan IC Standard Mesin Fotostat (Scan Tak Boleh! Saiz tak standard....Kene Reject!)...Mesti Hitam Putih...Color pun kene reject. Saya bagitau awal awal sebab KWSP selalu reject IC pemohon yang sambil lewa.

2- Sila lihat contoh cara palang ic mykad untuk kegunaan pelaburan KWSP di bawah;
Cara palang IC Mykad dengan betul kwsp
Cara palang IC Mykad dengan betul kwsp

Beza Public Mutual dan ASB

Antara Public Mutual dan ASB

Baru-baru ini seorang rakan menyatakan minatnya untuk menyertai unit amanah (unit trust) dan bertanyakan cara untuk menyertainya. Lebih spesifik lagi beliau bertanyakan apakah keuntungan dengan menyertai Public Mutual dan cuba membandingkannya dengan ASB. Saya tidaklah begitu arif mengenai selok belok pelaburan tetapi berdasarkan pemahaman saya, pelaburan di Public Mutual dan ASB adalah berbeza walaupun matlamatnya adalah sama iaitu untuk mendapatkan keuntungan bagi pelaburnya.

Perbezaan paling jelas di antara Public Mutual dan ASB adalah daripada segi jaminan keuntungan. Jika anda melabur di dalam unit amanah seperti Public Mutual, keuntungan anda tidak dijamin sebagaimana yang digembar-gemburkan menerusi iklan atau oleh agen unit amanah. Saya boleh mengatakan bahawa anda akan mengalami risiko kerugian besar jika anda tidak faham atau tidak tahu cara untuk melabur. Keadaan ini berbeza jika anda melabur di dalam produk-produk PNB seperti ASB, ASN, ASW2020 dan seumpama dengannya kerana pelaburan anda telah dijamin sepenuhnya oleh kerajaan. Anda tidak akan mengalami sebarang kerugian walau sesen pun malah anda tidak perlu tahu bagaimana hendak melabur. Apa yang perlu anda pastikan adalah untuk kerap menambah simpanan di dalam akaun anda agar pulangannya di tahun hadapan adalah lumayan.
Namun, ini tidaklah bermakna melabur di dalam unit amanah adalah merugikan. Seperti yang saya nyatakan tadi anda akan rugi jika tidak faham cara melabur. Jadi, belajar dan fahamilah cara melabur jika dengan cara itu anda mampu beroleh keuntungan berlipat kali ganda berbanding melabur di dalam ASB. Keuntungan atau pulangan yang diperolehi di dalam unit amanah boleh mencapai sehingga 30% atau lebih setahun bergantung kepada keadaan ekonomi berbanding ASB yang secara purata 7% sahaja. Setiap yang menguntungkan pasti memerlukan usaha dan risiko yang lebih, terpulanglah kepada anda untuk menentukan sama ada berani atau tidak mengambil risiko tersebut. Untuk makluman anda, ketika ini sudah begitu ramai menjadi jutawan dengan melabur di unit amanah dan tidak semua daripada mereka mempunyai kelulusan yang tinggi.
Selain itu, Public Mutual dan unit amanah lain kebanyakannya mempunyai Penasihat Syariah masing-masing. Sebagai pelabur Islam kita mempunyai pilihan untuk melabur di dalam dana-dana mereka yang telah diperakui halal dan sentiasa dipantau pergerakannya mengikut garis panduan Islam. Berkenaan isu ASB pula, hanya baru-baru ini sahaja Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan menfatwakan pelaburan ke atas ASB sebagai harus. Sesetengah pihak masih curiga dengan hukum yang dikeluarkan.

Apa pun paling utama anda harus mempunyai ilmu yang cukup untuk melabur. Pelaburan mampu menjana lebih banyak wang kepada anda, dan pelaburan juga mampu menghabiskan simpanan anda. Jika anda masih tidak jelas tentangnya pelaburan, silalah dapatkan maklumat yang cukup dan bertanya kepada yang arif tentang pelaburan.

Apa Itu Unit Trust

Apa Itu Unit Trust

Unit Trust lebih dikenali dalam bahasa melayu “Unit Amanah.”Merupakan satu skim pelaburan kolektif yang membenarkan para pelabur dengan objektif mengumpul simpanan pelabur yang diuruskan oleh pengurus pelaburan secara profesional.Setiap wang pemegang unit akan dilaburkan untuk mencapai matlamat tertentu sebagaimana diistiharkan oleh objektif pelaburan sesuatu skim. Pelaburan Unit Trust membabitkan 3 pihak iaitu,Syarikat Pengurusan dana, Pelabur dan Pemegang Amanah.
Setiap skim pelaburan biasanya bertujuan memberikan pulangan melebihi purata dalam bentuk pengagihan pendapatan dan pertumbuhan modal dengan kadar risiko yang munasabah. Pelabur Unit Trust tidak membeli saham secara langsung. Saham akan dibahagikan dalam bentuk unit dan setiap pelabur adalah pemegang unit(unitholder). Satu unit dalam Unit Trust adalah sebahagian saham daripada jumlah pelaburan.
Setiap pelaburan individu dalam Unit Trust mereka akan menerima pengesahan hak milik, samaada dalam bentuk penyata(statement)atau sijil unit.Jumlah unit yang dimiliki pelabur bergantung kepada harga setiap unit dimana jumlah wang yang dilaburkan ketika masa membuat pelaburan.Setiap 6 bulan Public Mutual akan menghantar statement (jumlah semasa/terkini) kepada setiap pemegang Unit Trust.Manakala setiap minggu Public Mutual akan menghantar kedudukan pasaran melalui email.
Di Malaysia masih ramai yang tidak mengetahui kewujudan Unit Trust khususnya bumiputera kerana mereka lebih mengenali pelaburan ASB,ASN dan sebagainya. Malah mereka yang sudah melabur dalam unit trust juga masih kurang tahu kepentingan pelaburan ini yang memberikan pulangan yang lumayan.
Perlu kita tahu dan fahami tujuan dan mengapa kita melabur. UnitTrust merupakan pelaburan untuk jangka masa panjang dimana unit amanah kita akan bertambah dan memberikan pulangan yang lumayan, samaada pelaburan Cash atau KWSP. Manakala pelaburan Unit Amanah melalui KWSPadalah bertujuan menambah pulangan dalam simpanan akaun 1 dengan tujuanmemberikan jumlah pulangan pesaraan pencarum yang lebih lumayan danmenjamin pesaraan yang lebih selesa.
Dengan Public Mutual tiada apa yang perlu dirisaukan kerana ia adalah sebuah syarikat yang sah dan merupakan syarikat unit trust no 1dimalaysia dan syarikat yang dipercayai dengan jumlah pelabur melebihi 2 juta dan jumlah pelaburan melebihi RM20 Bilion.
Seramai lebih 1.80 juta pemegang akaun Public mutual telah bermanfaat dari pengalaman dan kepakaran kami dalam pengurusan dana selama 28 tahun. Berilah satu alternatif kepada anda sendiri untuk mempelbagaikan tabung simpanan pesaraan anda. Kami ghairah dalam memberi nilai kepada para pemegang unit kami.
Pelaburan Unit Trust menguntungkan?
Memang benar pelaburan Unit Trust amat menguntungkan daripada pelaburan yang lain.
Malah lebih menguntungkan dan terjamin daripada pelaburan skim cepat kaya.

Antara kelebihannya wang yang dilaburkan akan diuruskan secara professional mengikut kemampuan. Unit Trust mempunyai beberapa jenis pilihan dana termasuklah dana syariah,non syariah, moneymarket,equity,pasaran tempatan dan global.
Unit Trust merupakan pelaburan yang menguntungkan dengan pulangan lebih lumayan untuk jangka masa panjang. Selama ini kita penat bekerja siang dan malam untuk mencari wang dan kehidupan yang lebih selesa.Sekarang ini tiba masanya wang yang kita kumpul selama ini bekerja menjana wang (pendapatan) didalam pelaburan unit trust. Bukankah itucara yang bijak kita menguruskan wang dalam masa yang sama menjamin masa depan dan hari tua yang menguntungkan..
Kenapa melabur dalam Unit Trust
1- Pegurusan Profrssional
Dana Unit Trust diuruskan oleh mereka yang professional yang bekerja sepenuh masa bagi memastikan dana yang dilaburkan memberikan pulangan yang terbaik

2- Penyebaran risiko
kelebihan utama Unit Trust adalah penyebaran risiko. Unit Trust dilaburkan dalam pelbagai sektor saham, bon dan sekuriti sekaligus dapat mengurangkan risiko jika prestasi sesuatu sektor kurang memberangsangkan. Prestasi sektor yang lain akan membantu memberikan imbangan pulangan yang baik

3- Sesiapa saja boleh melabur dalam unit trust
Dengan modal permulaan serendah RM1000 anda sudah boleh melabur dalam skim dana yang ada dalam Public Mutual.Penambahan pelaburan boleh dilakukan pada bila bila masa dengan kadar serendah RM100

4- Mudah tunai
Unit yang dilaburkan boleh ditunaikan pada bila-bila masa. Anda akan dapat memperolehi nilai tunai yang dijual dalam masa 10 hari setelah mendapat pengesahan Public Mutual

5- Selamat
Pelaburan Unit Trust adalah selamat kerana dana tersebut tidak dibenarkan membuat pinjaman untuk membuat sebarang pelaburan. Ini kerana dana Unit Trust dikawal oleh Suruhanjaya Sekuriti untuk melindungi kepentingan pelabur

6- Tidak memerlukan perhatian khusus
Anda tidak perlu memperuntukkan masa untuk mengendalikan urusan pelaburan dana. Ini kerana semuanya di kawal oleh pengurus dana yang dibertanggungjawab. Anda boleh memperuntukkan masa untuk aktiviti lain.

7- Pulangan yang baik
setakat ini pulangan daripada unit trust adalah sangat menarik. Pulangan sehingga 12 peratus malah terdapat dana yang memberikan pulangan yang lebih tinggi dan lebih baik. Ada kalanya pulangan kurang memberangsangkan namun pelaburan untuk jangka masa penjang jauh lebih baik dari simpanan tetap

8- Berlandaskan kehendak Syariah
Unit Amanah patuh Syariah memberi anda peluang untuk menikmati pertumbuhan modal dan / atau aliran pendapatan sebagai pulangan pelaburan anda.

Saturday 26 November 2011

Permulaan

Banyak yang hendak diperkatakan tapi belum aku punyai masa untuk merungkaikan semuanya. Berserah padaNya agar aku mempunyai waktu yang secukupnya untuk aku membicarakan satu persatu. Kini aku masih terbelenggu dalam kehidupan harian yang sering kali terganggu dalam emosi yang tidak menentu. Ku kirakan jika ada kesempatan ingin juga aku berkongsikan segala keindahan yang wujud dalam diri ini. Terkadang melihat di kejauhan, berfikir sejenak, masih sempatkan untuk aku atau aku sengaja melewatkkannya.. "PERMULAAN" ku kirakan satu pengalaman pertama untuk ku paparkan sebagai satu rencana pertama agar aku berusaha untuk melaksanakannya.

'PERMULAAN' juga bermulalah kehidupan baru di tahun yang baru, awal Muharram yang jatuh pada 27 November 2011 bersamaan 1 Muharram 1433H.